Kelas ICT: Coding With Scratch

17 April 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 April 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT: Coding With Scratch. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang hadir untuk belajar benda baru iaitu Coding With Scratch. Kelas yang diadakan pada sebelah petang pada pukul 2:30 petang tamat pada pukul 4:00 petang telah dihadiri seramai 4 orang pelajar sekolah rendah.

Para pelajar telah diajar menggunakan coding melalui Scratch. Ia merupakan bahasa pengaturcaraan berasaskan visual yang interaktif dan menyeronokkan. Dengan Scratch para pelajar boleh mencipta animasi, permainan dan ciptaan lain yang menarik. Terdapat pelbagai pilihan animasi yang boelh digunakan oleh para pelajar. Ia juga memudahkan pengaturcara untuk menulis program tanpa perlu risau tentang ralat sintaks kerana para pelajar tidak perlu menulis kod. Kelas ini dapat memberikan ruang kepada para pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam pemilihan animasi dan sebagainya.

Para pelajar telah mempelajari cara-cara menggunakan canvas, sprite, script dan backdrop & stage. Canvas merupakan tempat di mana blok-blok kod yang telah para pelajar reka bentuk akan berjalan atau muncul pada kanvas. Sprite imej atau objek yang akan mengandungi blok arahan yang direka untuk bergerak, mempunyai bunyi dan sebagainya. Selain itu, script merupakan kumpulan blok arahan yang para pelajar gunakan untuk memprogram di mana ia mempunyai fungsi yang berbeza. Backdrop ialah imej latar belakang pada kanvas di mana ia boleh ditukar di bahagian Stage yang terletak di sebelah kiri tempat Sprite berada.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya Kelas ICT: Coding With Scratch dapat membantu membuka minda para pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali